CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 13 February 2012

KASUT YANG SESUAI

memilih kasut yang sesuai untuk melakukan aktiviti adalah sangat penting. setiap kasut mempunyai fungsi yang berbeza. Sebagai contoh, kasut sukan yang digunakan sewaktu berjogging adalah tidak sama dengan kasut untuk bermain bola keranjang.

pemilihan kasut yang betul adalah sangat penting bagi pemakainya kerana ia akan mendatangkan kesan dalam jangka masa yang lama. ini dapat dibuktikan dengan penyelidikan yang dibuat oleh Mike O'Neil iaitu pakar bidang Kiropodi & Podiatri atau 'feet physician' :

 "serious back, knee and hip pain, Achilles tendonitis, shin splints (leg pain), traumatised toes and painful blisters are some of the conditions people wearing ill-fitting trainers may face." 


“Unfortunately, 65% of the UK’s recreational sportsmen and women wear the wrong shoes for their chosen sport,” 


“Trainers are the most important piece of fitness equipment you’ll ever buy, and changing what you wear on your feet can prevent injuries.”


Kasut Bola Keranjang dan bola Jaring
                            
~untuk permainan seperti bola keranjang dan bola jaring memerlukan kasut yang memberikan fleksibiliti atau kelenturan serta sokongan sisi.

Kasut untuk berlari
                          

~kasut berlari hanya boleh digunakan untuk berlari sahaja dan tidak sesuai digunakan untuk aktiviti lain. kasut berlari bersifat sangat lentur, membolehkan kaki lentik dan fleksibel melalui setiap langkah. Walaubagaimanapun kasut berlari tidak sesuai digunakan untuk sukan seperti tenis yang memerlukan pererakan sisi.

Kasut untuk Tenis dan Skuasy
                         

~kasut yang dibuat untuk bermain tenis dan skuasy adalah bersifat berat dan tidak mudah untuk lentur untuk memudahkan perlakuan berhenti - bergerak.