CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 30 January 2012

SUMBER RUJUKAN

Sumber Rujukan

 - Ahmad Wafi (1995) Siri Kearah Bintang Sukan, Bola Keranjang, Good Mark Interprise.
 - David Titmuss (1994) Play The Game Basketball, Blandford.
 - John P. Mc Carthy Jr. (2006) Coaching Youth Basketball, FW Publications Inc.
 - Paul Stimpson (1986) Basketball :The Skills of The Game, The Crowood Press.

Saturday 14 January 2012

ELAK KECEDERAAN SEMASA BERSUKAN



Selalunya kecederaan melibatkan keadaan seperti terseliuh, ligamen dan tisu yang menyambungkan dua atau lebih tulang terkoyak dan kejang iaitu kecederaan sama ada pada otot atau tendon.

Antara sukan yang biasanya boleh menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak ialah bola keranjang, bola sepak, hoki dan sebagainya.

Mereka mungkin mengalami kecederaan pada wajah, kaki, lengan dan kepala kerana pergerakan yang tidak dapat dikawal semasa bermain.

Semasa berada di padang, kanak-kanak biasanya lincah melakukan pelbagai bentuk pergerakan. Ini sudah pastinya membuatkan mereka terdedah dengan pelbagai kecederaan fizikal seperti calar pada wajah, luka pada kaki dan terjatuh semasa bermain.

Cara paling selamat untuk bersukan ini ialah dengan memakai alat yang boleh melindungi mata, siku, lutut dan mulut. Ia penting bagi mengelakkan kecederaan terutama pada anggota tubuh yang sensitif.

Pemakaian kasut yang sesuai seperti kasut sukan boleh menanganinya.



Kecederaan semasa bermain bola sepak boleh mengakibatkan kecederaan yang serius dari segi fizikal seperti kaki, kepala dan wajah.

Kanak-kanak yang meminati bola sepak mestilah peka kepada keadaan ini kerana kecederaan dalam permainan bola sepak boleh menyebabkan lebam-lebam kepada kaki, wajah dan mungkin peredaran darah dalam otak kerana kepala yang sering digunakan dalam menanduk bola.

Permainan bola lisut pula boleh mengakibatkan kecederaan dalaman seperti kecederaan tisu dan ligamen. Ia juga boleh menyebabkan tulang patah.

Untuk mengelakkan daripada kecederaan ini, pemakaian topi keselamatan, pad siku dan mouth guard adalah wajib digunakan dalam permainan ini.

Gimnastik juga mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan sama ada tergeliat atau ketegangan pada tisu.

Pergerakan dan cara lenggokan badan yang salah akan mengakibatkan kecederaan berlaku. Latihan senaman dan panduan jurulatih yang betul mengurangkan risiko kecederaan dalam sukan gimnastik.




Kecederaan boleh dirawat dengan menggunakan kaedah RICE. 
~R bermaksud Rest atau rehat. Kanak-kanak yang meminati aktiviti bersukan mestilah mempunyai rehat yang secukupnya.

~I untuk Ice adalah ais iaitu menyejukkan badan seperti kaki yang lebam dengan ais. Ia boleh mengurangkan tekanan kepada kanak-kanak, selain mengurangkan calar-calar di sekitar kaki dan tangan.

~C untuk Compression atau tekanan lebih yang menyebabkan bengkak. Jika ini berlaku, kanak-kanak haruslah mendapat rawatan daripada pakar perubatan daripada mengelakkan kecederaan parah.

~E untuk Elevation atau ketinggian bermaksud kecederaan yang berkaitan dengan ketinggian seperti sukan gimnastik yang tidak dapat mengawal keseimbangan badan. Jurulatih harus memberikan panduan dalam menangani kecederaan ini.

Bagi melakukan aktiviti sukan tanpa kecederaan yang serius, kanak-kanak haruslah peka dengan keadaan sekeliling. Selain itu, ibu bapa juga mestilah sentiasa memantau perkembangan aktiviti sukan anak-anak mereka.


Tip kurangkan kecederaan:

*Pakai pakaian sesuai


*Patuhi peraturan


*Panaskan badan sebelum bersukan


*Tentukan tahu menggunakan peralatan sukan


*Elakkan bermain semasa keletihan atau kecederaan











AKTIVITI PEMBELAJARAN

cadangan aktiviti pembelajaran
- melakukan kemahiran asan dalam permainan bola keranjang secara berpasukan supaya
 murid dapat mengetahui kemahiran asas sebelum memulakan permainan


 - menyediakan folio individu berkaitan dengan kemahiran permainan bola keranjang. tujuan folio adalah untuk mengenali sejarah dan perkembangan permainan yang diajar kepada murid
- membincangkan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam melakukan permainan bola keranjang. murid-murid harus didedahkan mengenai pengetahuan tentang keselamatan supaya kemalangan tidak berlaku sewaktu aktiviti dijalankan



- membincangkan kesalahan-kesalahan biasa yang dilakukan semasa latihan dan permainan
- menamakan otot-otot utama yang digunakan dalam kemahiran bola keranjang
murid-murid dapat memperluas pengetahuan bukan sahaja dari segi sukan malah dapat mengaitkan pergerakan dan anatomi dengan aktiviti yang mereka lakukan.


- merancang aktiviti latih tubi kemahiran asas permainan  bola keranjang dalam kumpulan dapat meningkatkan semangat kesukanan murid. selain itu, murid dapat mempelajari kemahiran komunikasi dan bekerjasama dalam kumpulan.


KEMAHIRAN ASAS

- Kemahiran menggelecek



- Kemahiran membuat jaringan







KEMAHIRAN ASAS

Kemahiran-kemahiran asas
- kemahiran mengangkap bola



- kemahiran menghantar bola




6 year old Basketball Kid - amazing dunk

GELANGGANG BOLA KERANJANG

Gelanggang 

gelanggang bola keranjang

ukuran gelanggang ini sesuai untuk pelajar sekolah rendah ( 12 tahun ke bawah )


Thursday 12 January 2012

BOLA KERANJANG

 B O L A  K E R A N J A N G 
sasaran : Pelajar tahun 6
tunjang pembelajaran : kemahiran bermain bola keranjang
tempoh P&P: 1 jam

Perkara yang sangat dititik beratkan sewaktu aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran pendidikan Jasmani ialah KESELAMATAN.
Sebelum memulakan permainan, guru seharusnya menerangkan tentang aspek-aspek keselamatan untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku.
 ~ Antara aspek-aspek keselamatan adalah seperti berikut :
    1. Mengenal pasti kemampuan, tahap dan kecergasan murid semasa
        melakukan aktiviti.
    2. Kemudahan perlatan
    3. Persekitaran atau tempat beraktiviti
    4. Penyeliaan, arahan dan bimbingan
    5. Latihan yang sistematik
    6. Perlakuan murid